Jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dlm air begitu saja..
kerana ia sakit!
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup..
Begitulah juga setelah kamu memberi pengharapan kepada seseorang..
setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..
jangan sesekali kamu terus meninggalkannya begitu saja..
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..
Jika kamu menadah air biarlah beroada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
jangan la menganggap ia begitu teguh1
cukuplah sekadar keperluan..
apabila ia retak tentu sukar untukmu menampalnya semula..
akhirnya dibuang..sedangkan kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang..
terimalah seadanya..
jangan kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sekali dia membuat kesilapan..
bukan mudah bagimu menerimanya..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..
sedangkan kamu memaafkannya..
mungkin hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir hayatmu..
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untukmu..
menyenangkan, berkhasiat..
mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan..
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
pastinya kamu akan menyesal..
Begitu juga jika kamu telah menjumpai insan..
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu..
mengasihimu, menyayangimu..
mengapa kamu berlengah..
cuba membandingkannya dengan yang lain..
terlalu mengejar kesempurnaan!
kelak kamu akan kehilangannya..
apabila dia menjadi milik orang lain..
kamu juga akan menyesal!!
p/s: tq wt someone yg bg aku kata2 ni.. :)