- Rajin mengerjakan solat. ibadat solat apabila dilakukan secara sedar dan dengan penuh keinsafan akan menjadi sumber yang betul menyembuhkan jiwa. Ia kaedah terbaik melegakan tekanan.
- Sebelum tidur setiap hari, seorang muslim dianjurkan membaca surah al-fatihah dan tiga surah terakhir al-Quran, lalu ditiupkan pada tangan dan disapu di seluruh badan, seelok-eloknya 3 kali.
- Sewajarnya setiap muslim membaca sekurang-kurangnya 10 ayat al-Quran setiap hari.
- Mendegar al-Quran sekerap yang mungkin dan cuba memainkan rakaman bacaan ayat suci sepanjang masa.
- Memastikan diri sibuk melakukan sesuatu yang berfaedah kerana jika anda tidak menyibukkan diri dengan kerja yang baik, syaitan akan memastikan anda sibuk dengan perkara negatif.
- Berdoa kepada ALLAH, mohon dijauhkan kejahatan, kedukaan dan kesempitan sebaliknya didekatkan dengan kebaikan, kelapangan serta kebahagiaan.
semoga tip2 di atas dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian dengan sebaiknya..insyaallah..
No comments:
Post a Comment